Artis youtube

Filed under: ,

artis youtube, kenapa? kenapa dengan tajuk tu? ok, sebenarnyer aku nak citer pasal artis yang muncul disebabkan oleh youtube ni..

kalau macam dulu, nak jadi artis segera, masuk pertandingan ker, masuk reliti show ker..

tapi sekarang, tak payah sume tuh, kat rumah pun leh jadi artis, and mempunyai beratus ribu peminat.. macam mana? haa.. dengan youtube..

beli satu web cam ker, atau pun apa2 video cam.. record, then upload kan ke youtube..
pastu kalau video yang kite upload tu best, ramai orang minat, so secara automatik akan jadi artis kat dalam alam siber ni..

tapi bukan setakat alam siber jer, kalau betul2 orang minat, sampai CNN akan datang cari kite.. hehehe..

ok, sekarang aku nak listkan artis2 alam siber ni diantaranya mmg dah jadi artis di luar sana...


Marie Digby

maria ni ada adalah anak kacukan Japanese Irish-American.. mmg cun beb muke dier.. pada May 29, 2007, die telah upload video nyanyia dier yang bertajuk "umbrella".. lagu umbrella tersebut di adalah nyanyian rihana tapi nyanyikan semula dalam versi acoustic oleh maria digby ni, setakat ni views video tersebut di youtube dah lebih 7 juta view and lagu ni lah yang menaikkan nama maria digby sehingga beliau jadi artis sekarang ni..

tak salah aku, jarak masa maria ni jadi artis selepas dier upload video kat youtube tuh hanyalah 4-5bulan jerk..




Jerry C

jery c adalah seorang remaja dari taiwan yang sukakan music, mula menceburi bidang music dengan bermain piano pada umur 15 tahun dan bermain gitar sejak berumur 17 tahun, lahir pada 31 ogos 1981, jerry c adalah seorang composer yang berbakat, lagu yang telah menaikkan nama jerryc adalah lagu ciptaan johan pachelbel yang bertajuk canon in D, jerry c telah mengubah lagu tersebut menjadi versionnya sendiri dan dinamakan canon rock..

so, lepas dier ni siapkan lagu canon rock tuh, dier pun buat video and upload ke youtube.. lepas tuh dier terus jadi femes, and dier banyak dapat jemputan dari tv show untuk di temuramah dan bermain gitar..

tapi dier ni mmg berbakat beb, sedap gak lagu yang dier buat tuh..


FunTwo

Dier ni pulak anak kelahiran korea, menjadi popular selepas memainkan lagu canon rock gubahan jerry c.. video pertama diupload ke satu website korea yang popular, and selepas tu, seorang user di youtube bernama guitar90, mengupload semula video funtwo di youtube dan menjadi sangat popular.. sehinggakan guitar90 mendapat sponsor dari website2 yang berkaitan gitar..padahal bukan dier main beb, senang2 jer guitar90 ni dapat sponsor

and sekarang lagu yang dimainkan oleh funtwo telah mendapat view sebanyak 45 juta di youtube.. sampaikan fun two ni di cari oleh wartawan2 di korea dan di jepun untuk di temubual, dan baru2 ni CNN pun datang interview fun two disebabkan terlampau popular di youtube.. sekarang ni funtwo tengah travel satu dunia untuk membantu orang2 miskin dengan bermain gitar.. tak caya kan? main gitar jerk..tapi mmg betul...


nigahiga


dier ni orang jepun, tapi tinggal kat hawaii, dier ni antara komedian yang popupular kat youtube, kesemua video2 dier ni mendapat view lebih dari seratus ribu tak sampai dalam 24jam...

belum lagi mendapat liputan televisen, tapi dier ni dijangka akan menjadi popular dengan menjadikan youtube sebagai mediu utama.. sekarang ni dengar kata dier and the gang dapat tawaan untuk berlakon filem, filem aper, aku tak tau, tapi kire gempak lah jugak, sebab buat video lawak bodoh2 kat rumah, and dapat tawaran untuk berlakon..



ada banyak lagi artis2 yang lahir daripada youtube ni, and tak salah aku ader gak orang malaysia yang dah popular disebabkan youtube ni (bukan video MMU gedik erk)

jadi, kesimpulannyer, zaman sekarang ni dah terlampau mudah kalau nak di bandingkan dengan zaman dulu, tak payah berpenat2 sangat, tak payah keluarkan kos beribu2, dan yang paling penting, kat rumah jer, dah boleh jadi popular, jadi kaya... hmm..

thats the power of internet


Read the rest of the entry

Tetsuo kurata.. saper dier ni? meh bace..

Filed under:

kamen rider, tetuso kurata, wajah pelakon kamen rider, pelakon kamen rider, nama pelakon kamen rider black

anda kenal?


ingat lagi muke ni? dah lupe?
hmm...bdk2 lahir tahun 80 mesti tau lah..
meh tengok muke lamer dier..


kamen rider, tetsuo kurata, wajah pelakon kamen rider, pelakon kamen rider, nama pelakon kamen rider black

tak ingat lagi? hmm..... meh sini... satu gambar lagi...




kamen rider, tetsuo kurata, wajah pelakon kamen rider, pelakon kamen rider, nama pelakon kamen rider black

haa.. sekarang dah ingat? hehe.. ni lah nama sebenar pelakon utama citer satria baja hitam yang kite dok tengok zaman kecik2 dulu tuh...

dier ni sekarang dah umur 40tahun beb.. (tahun 2008).. dier lahir pada 11 september 1968..

dier ni sangat sukakan daging, and sekarang dier buka kedai beef steak kat tokyo..

haa.. sikit info jer aku dapat tentang dier ni...

so, aku nak imbas kembali lagu yang menjadi nostalgia kite sumer kanak2 tahun 80an...

WAKE UPPP...


Read the rest of the entry

Bahaya world of warcraft

Filed under:

World of Warcraft atau WOW adalah satu game online yang paling best ,orang cakap lah, aku tak tau ,game ni adalah game MMORPG

yang bermaksud "Massively multiplayer online role-playing game"...

dalam bahasa melayunyer bermaksud permainan virtual yang membenarkan seberapa banyak pemain berada di dalam satu permainan,dan dengan kata lainnyer kalau korang main ps 2 tuh, kire ader 100-200 controller lah...ader ker?...
setiap watak dalam game tuh adalah orang benar, bermaksud, sumernyer di kawal oleh orang sebenar, kire game ni macam dunia yang lain untuk para2 pemain lah, yang bestnyer kalau korang ader item best2 ker, korang leh jual kat ebay, atau pun kat kawan2 korang yang tak beraper pandai main..

bende ni mmg ade harga sampaikan kat negara cina tuh ader satu company yang upah orang khass untuk main game ni jer, then bile dah sampai level tinggi, dirang akan jual kat ebay.. ader ke orang nak beli? hmm.. kalau tak der orang nak beli diorang ni takkan bersungguh2 upah beratus2 orang untuk main game ni, siap ader shif tuh...

tak caya tengok video ni..






world of war craft addiction

ok, berbalik kepada tajuk yang aku bat kat atas tu, kenapa aku cakap game ni bahaya..
ahaa.. sebab game boleh menyebabkan ketagihan yang melampau kepada pemain2nya..
bukan ketagih biasa beb, sampai tak der life langsung... main game ni sampai tak makan tak tido 3 hari straight pun tak per... bende ni membawa kepada kebimbangan ibubapa...
dah macam dadah lak bende ni...

ok citer banyak pun tak gune, korang tengok lah sendiri seorang remaja yang bernamaadam cameron sandler yang dah jadi penagih pada game ni..



16jam beb sehari depan komputer main game neh... giler tak giler..
huh, aku tak main game tu, tapi aku depan laptop ni 12-16 jam gak


Read the rest of the entry

Powerful voice..

Filed under:

ok, ade satu lagu nak share, suara dier mmg best lagu dier pun best...
mengimbau kenangan kenangan saper?..bagi aku best giler r lagu ni. tak tau bagi korang macam maner plak..
suara dier leh sampai tone tinggi giler.. meh dengar lagu ni






penyanyinya bernama Miljenko Matijevic.. lahir di zagreb pada tahun 1964


more information pasal dier ni bleh baca kat wikipedia yer..
malas aku nak tulis panjang2.. hahaha...


Read the rest of the entry

waaahhh.. minyak naik.. bestnyerr...(kemeriahan sambutan 2.70sen seliter)

Filed under: ,

ye.. sebab aper aku cakap best? sebab keadaan suasana orang ramai mengisi minyak.. bagaikan hari raya seluruh kaum di malaysia ni di sambut sekali gus.. kongsi raya, raya cina, raya india, raya melayu, huh.. meriahnyer, cuma tak der bunyi mercun jerk, yang ada hanyalah bunyi bising dari hon kereta mereka2 yang rasa bersyukur yang amat sangat ke atas kenaikan harga minyak kenderaan yang naik mendadak..

yang bestnyer, petang tadi sumer ok jer.. tenang jerk.. lepak kat kedai mamak, borak2, having a cup of tea, macam tak der ape2 yang berlaku.. malam ni pulak kene menunjukkan kehebatan mengisi minyak sebelum pukul 12:00 tengah malam..

kalau new year, kita akan beramai2 mengira countdown untuk menyambut ketibaan tahun baru dan kawasan yang popular untuk menyabut kedatangan tahun baru adalah klcc, bukit bintang, dataran merdeka, dan macam2 lagi tempat2 yang happening.. tapi malam ni, semua orang termasuk aku2 sekali bergembira menyambut kedatangan minyak harga baru di stesen2 minyak berhampiran dengan kediaman masing2...

selamat tinggal 1.92sen seliter...

selamat datang 2.70 sen seliter...


ok.. meh kite tengok gambar2 semasa kemeriahan sambutan 2.70sen selite



gambar amatur di relau bayan baru (caigold.com member)

kemeriahan sambutan kenaikan arga minyak gambar amatur di relau bayan baru


kemeriahan sambutan kenaikan arga minyak gambar amatur di relau bayan baru

kemeriahan sambutan kenaikan arga minyak gambar amatur di relau bayan baru


gambar amatur di kuantan (carigold.com member)

minyak naik sambutan di kuantan

minyak naik sambutan di kuantan

minyak naik sambutan di kuantan

minyak naik sambutan di kuantan

minyak naik sambutan di kuantan


dan juga video untuk tontonan..


video amatur




rtm 1




video lag... yeayy....


Read the rest of the entry

raja lawak astro...

Filed under:

aku suka sangat tengok raja lawak astro tu, rancangan malaysia pertama yang berjaya buat aku tegelak sampai sendiri pun tak sedar telah berada di bawah kerusi... musim pertama aku tak tengok sangat, yang musim kedua neh...mmg tak miss zizan, johan, dengan nabil jer la

zizan dengan johan walaupun pengacara jerk, tapi mmg best giler diorang neh.. happening giler.. nabil tak yah cakap lah, mmg best....tapi kadang nampak bodo gak haha....

tapi part yang paling best time sketch zizan dengan johan kutuk salah sorang pelajar akademi fantasia yang menjadi kegilaan ramai pompuan dan lelaki lembut.. aku tak nak cakap, kang kene banned blog aku ni kang.. ala, dafi laaaa..

ok.. meh tengok sketch ni... ZIFI.....


Read the rest of the entry

About This Blog

helo my name is kimie, this is my personal blog... ignore the domain name of this blog because its accidentally created with anger... and yes im straight.. i love gurls...

hai, nama aku kimie, ni blog persendirian aku, hiraukan nama domain blog ni sebab aku buat blog ni semasa marah, aku bukan gay, aku suke pompuan.......yang mude2 ehehehe..