artis youtube, kenapa? kenapa dengan tajuk tu? ok, sebenarnyer aku nak citer pasal artis yang muncul disebabkan oleh youtube ni..

kalau macam dulu, nak jadi artis segera, masuk pertandingan ker, masuk reliti show ker..

tapi sekarang, tak payah sume tuh, kat rumah pun leh jadi artis, and mempunyai beratus ribu peminat.. macam mana? haa.. dengan youtube..

beli satu web cam ker, atau pun apa2 video cam.. record, then upload kan ke youtube..
pastu kalau video yang kite upload tu best, ramai orang minat, so secara automatik akan jadi artis kat dalam alam siber ni..

tapi bukan setakat alam siber jer, kalau betul2 orang minat, sampai CNN akan datang cari kite.. hehehe..

ok, sekarang aku nak listkan artis2 alam siber ni diantaranya mmg dah jadi artis di luar sana...


Marie Digby

maria ni ada adalah anak kacukan Japanese Irish-American.. mmg cun beb muke dier.. pada May 29, 2007, die telah upload video nyanyia dier yang bertajuk "umbrella".. lagu umbrella tersebut di adalah nyanyian rihana tapi nyanyikan semula dalam versi acoustic oleh maria digby ni, setakat ni views video tersebut di youtube dah lebih 7 juta view and lagu ni lah yang menaikkan nama maria digby sehingga beliau jadi artis sekarang ni..

tak salah aku, jarak masa maria ni jadi artis selepas dier upload video kat youtube tuh hanyalah 4-5bulan jerk..




Jerry C

jery c adalah seorang remaja dari taiwan yang sukakan music, mula menceburi bidang music dengan bermain piano pada umur 15 tahun dan bermain gitar sejak berumur 17 tahun, lahir pada 31 ogos 1981, jerry c adalah seorang composer yang berbakat, lagu yang telah menaikkan nama jerryc adalah lagu ciptaan johan pachelbel yang bertajuk canon in D, jerry c telah mengubah lagu tersebut menjadi versionnya sendiri dan dinamakan canon rock..

so, lepas dier ni siapkan lagu canon rock tuh, dier pun buat video and upload ke youtube.. lepas tuh dier terus jadi femes, and dier banyak dapat jemputan dari tv show untuk di temuramah dan bermain gitar..

tapi dier ni mmg berbakat beb, sedap gak lagu yang dier buat tuh..


FunTwo

Dier ni pulak anak kelahiran korea, menjadi popular selepas memainkan lagu canon rock gubahan jerry c.. video pertama diupload ke satu website korea yang popular, and selepas tu, seorang user di youtube bernama guitar90, mengupload semula video funtwo di youtube dan menjadi sangat popular.. sehinggakan guitar90 mendapat sponsor dari website2 yang berkaitan gitar..padahal bukan dier main beb, senang2 jer guitar90 ni dapat sponsor

and sekarang lagu yang dimainkan oleh funtwo telah mendapat view sebanyak 45 juta di youtube.. sampaikan fun two ni di cari oleh wartawan2 di korea dan di jepun untuk di temubual, dan baru2 ni CNN pun datang interview fun two disebabkan terlampau popular di youtube.. sekarang ni funtwo tengah travel satu dunia untuk membantu orang2 miskin dengan bermain gitar.. tak caya kan? main gitar jerk..tapi mmg betul...


nigahiga


dier ni orang jepun, tapi tinggal kat hawaii, dier ni antara komedian yang popupular kat youtube, kesemua video2 dier ni mendapat view lebih dari seratus ribu tak sampai dalam 24jam...

belum lagi mendapat liputan televisen, tapi dier ni dijangka akan menjadi popular dengan menjadikan youtube sebagai mediu utama.. sekarang ni dengar kata dier and the gang dapat tawaan untuk berlakon filem, filem aper, aku tak tau, tapi kire gempak lah jugak, sebab buat video lawak bodoh2 kat rumah, and dapat tawaran untuk berlakon..



ada banyak lagi artis2 yang lahir daripada youtube ni, and tak salah aku ader gak orang malaysia yang dah popular disebabkan youtube ni (bukan video MMU gedik erk)

jadi, kesimpulannyer, zaman sekarang ni dah terlampau mudah kalau nak di bandingkan dengan zaman dulu, tak payah berpenat2 sangat, tak payah keluarkan kos beribu2, dan yang paling penting, kat rumah jer, dah boleh jadi popular, jadi kaya... hmm..

thats the power of internet